Bagaimana Saya Boleh Manfaatkan Blog @farah
Posted on : Wednesday, 16 May 2012, 02:48
Blog merupakan perkara yang digunakan oleh semua orang untuk memberitahu tentang sesuatu perkara atau luahan perasaan serta dijadikan hobi semasa lapang .Kegunaan blog boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan informasi semasa atau digunakan sebagai saluran pendapatan iaitu melalui pengiklanan barang-barangan yang hendak dijual .Selain itu , blog mampu menstabilkan politik dan ekonomi dengan pemberitahuan oleh kerajaan tentang kewangan dan isu semasa politik serta memastikan rakyat mengetahui tentang politik dan ekonomi .Di samping itu , blog juga boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat , hal ini kerana penggunaan blog adalah mudah serta tidak rumit juga terdapat laman web yang akan memberitahu tentang cara menghiasi blog , menambah gadjet dan memasang sistem keselamatan yang dijamin selamat .Akhir sekali , terdapat banyak sekali kegunaan dan manfaat blog kepada orang ramai.
Labels: in daaaa troll face